Test

Khamis, 21 Jun 2018 | 

Fenomena “ SUPER BLUE BLOOD-MOON ”

“ SUPER BLUE BLOOD-MOON ”

31 JANUARI 2018

7:48 malam – 11:11 malam

 

Pada Rabu, 31 Januari 2018, bermula jam 7:48 malam sehingga jam 11:11 malam, seluruh penduduk Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh apabila Bulan terlindung oleh bayang “umbra’ Bumi. Fasa gerhana akan bermula dari 7:48 malam hingga 11:11 malam manakala Fasa Gerhana Penuh pula akan bermula dari 8:51 malam sehingga kemuncak pada jam 9:29 malam dan tamat pada jam 10.07 malam. Gerhana Bulan juga dikenali sebagai “Bloodmoon” kerana warna gerhana yang kemerahan.

Pada malam tersebut, Bulan dikenali sebagai “Bluemoon” kerana ianya merupakan bulan penuh kali kedua pada bulan Januari 2018. Bulan penuh yang kedua di dalam bulan yang sama dikenali sebagai “Bluemoon”.  Pada ketika itu juga, Bulan dikenali sebagai “Supermoon” kerana Bulan berada paling hampir dengan Bumi.

Gabungan ketiga-tiga fenomena dikenali sebagai “Super Blue Blood-Moon”. Fenomena pada malam tersebut pernah berlaku pada tahun 1866 iaitu kira-kira 152 tahun yang lalu.

 

NOTA : “BLUEMOON” TIDAK BERMAKSUD BULAN BERWARNA BIRU !

“Bluemoon” merupakan gelaran yang diberikan kepada Bulan penuh yang berlaku kali kedua di dalam suatu bulan kalendar  yang sama. Contohnya, pada bulan Januari 2018, fasa Bulan penuh berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 2 Januari dan pada 31 Januari 2018.  Bulan penuh yang kedua iaitu pada 31 Januari dikenali sebagai “Bluemoon” dan warna Bulan pada ketika itu sebenarnya masih tetap putih seperti biasa.

Malay
Tarikh Program: 
Friday, January 19, 2018