Test

Rabu, 18 Oktober 2017 | 

Kejohanan Roket Kebangsaan (KRK 2017)

APA ITU KRK?

KRK adalah Kejohanan Roket Kebangsaan yang merupakan program pendidikan sains angkasa tahunan anjuran Planetarium Negara sejak tahun 2003. Nama KRK merupakan penjenamaan semula kepada nama sebelum ini, PTPR iaitu Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket

BILA?

16-19 September 2017.

DI MANA?

  • Planetarium Negara (16-17 Sept)
  • Stadium UM Arena (18-19 Sept)

SIAPA PESERTA YANG LAYAK?

Terbuka kepada pelajar sekolah menengah / sekolah menengah teknik / sekolah agama bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang mendapat tempat sebagai Johan  di peringkat Negeri dan W.Persekutuan dan pelajar Maktab Rendah Sains MARA yang mendapat tempat di kalangan empat (4) pasukan terbaik di peringkat MRSM. Mestilah berumur di antara 13-16 tahun.

KATEGORI PERTANDINGAN?

  • R1 -  Pembentangan
  • R2 - Sasaran 100m dan 80m
  • R3 - Payung Terjun Payload
  • R4 - Inovasi

HADIAH?

Johan KRK2017 akan mewakili Negara ke Pertandingan Water Rocket Event Peringkat Asia Pasifik di Bengaluru, India dan membawa pulang sebuah teleskop dan hadiah iringan.

PERATURAN & SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN?

Sila muat turun pada link di bawah.

 

APA PESERTA PERLU BUAT?

Bagi pasukan yang layak, sila muat turun borang-borang berkaitan pada link di sebelah. Sila isi dan hantar borang-borang kepada pihak urusetia sebelum atau pada 6 September 2017

Sila muat turun maklumat berikut:

  1. Tentatif aturcara program KRK2017
  2. Peraturan dan Syarat-Syarat KRK2017
  3. Borang-borang KRK2017.

MAKLUMAT LANJUT?

Sebarang pertanyaan / makluman boleh berhubung dengan:

PoC 1 : En. Ridhuan Ismail 
PoC 2: En. Jong Tze Kian

Urusetia KRK2017
Planetarium Negara
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Lot 53, Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur

Tel     :  03-2273 4303 / 5484,   Faks  :  03-2273 5488
Web  : 
http://www.planetariumnegara.gov.my/

 

Malay
Tarikh Program: 
Thursday, September 7, 2017