Test

Jumaat, 22 September 2017 | 

Konvensyen Falak Wilayah Persekutuan 2017

Assalamu’alaikum WBT dan Salam Sejahtera.

YBhg. Dato’ Dr./Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Planetarium Negara, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelab Falak Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan menganjurkan program Konvensyen Falak Wilayah Persekutuan 2017 pada 22 Julai 2017 (Sabtu) bersamaan 28 Syawal 1438 H bertempat di Kompleks Planetarium Negara, Kuala Lumpur.

Konvensyen ini akan diserikan oleh 3 penceramah jemputan iaitu Ustaz Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham dari Universiti Malaysia Pahang, En Shahrin bin Ahmad, Pengasas FalakOnline.net serta En Mohd Zamri Shah bin Mastor, Ketua Penolong Pengarah Planetarium Negara. Program akan dirasmikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Sehubungan itu, Planetarium Negara dengan berbesar hati menjemput YBhg. Dato’ Dr./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai program yang akan dianjurkan ini.

Kerjasama pihak YBhg. Dato’ Dr./Dr./Tuan/Puan juga adalah dipohon untuk memanjangkan jemputan ini kepada warga Jabatan/Agensi/Kementerian YBhg. Dato’ Dr/Dr/Tuan/Puan.

Sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Dato’ Dr./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi En. Mohd Ridhuan bin Ismail atau Cik Zaimahayati Zainudin di talian 03-2273 4303 (Isnin - Jumaat, 8.00 pagi – 5.00 petang).

Malay
Tarikh Program: 
Thursday, July 20, 2017