Test

Ahad, 21 Januari 2018 | 

LAPORAN : BENGKEL PENGENDALIAN TELESKOP UNTUK JURULATIH

Malay

           

BENGKEL PENGENDALIAN TELESKOP UNTUK JURULATIH

1 SEPTEMBER 2016

PLANETARIUM NEGARA

Pada 1 September 2016 jam 2:30 petang hingga  hingga 10:30 malam, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pendidikan Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pengendalian Teleskop untuk Jurulatih  di Planetarium Negara.  Program ini mempunyai objektif untuk memberi tunjuk ajar berkaitan pengendalian dan penggunaan teleskop di samping memperkasakan pengetahuan asas subjek Astronomi di kalangan jurulatih-jurulatih agar mereka mempunyai asas pengetahuan yang mantap dan mampu mengendalikan aktiviti pendidikan di luar bilik darjah.

            Seramai 29 orang jurulatih yang terpilih di negeri Selangor telah mengikuti program kali ini. Para jurulatih telah diberikan pendedahan tentang fungsi teleskop, jenis-jenis teleskop,  teleskop optik, pencirian optik serta langkah-langkah memasang, mengendalikan penyelarasan antara EzFinder dengan tiub teleskop serta membuat penjajaran seperti Solar System Align, Two Star Align, One Star Align dengan menggunakan Hand Control.  Semua jurulatih telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan setiap kumpulan menjalankan praktikal menggunakan Teleskop Nexstar 127SLT.  Disebabkan hujan dan cuaca mendung sepanjang bengkel berlangsung, semua jurulatih menjalankan praktikal pencerapan dengan menggunakan objek daripada bangunan yang jauh.

Jurulatih-jurulatih juga diberikan penerangan tentang Planetarium Negara, maklumat asas tentang peta bintang yang dihasilkan melalui aktiviti hands on serta penggunaan sky map menerusi telefon pintar.   Mereka juga berkesempatan melawat ke Galeri Pameran dan menonton tayangan “Wildest Weather in the Solar System” di Teater Angkasa.  Program ini diakhiri dengan sesi penyampaian bahan pembelajaran serta sijil penyertaan kepada jurulatih-jurulatih.

Pendaftaran Pendaftaran 

Taklimat bengkel Ucapan Aluan oleh En. Abdul Aziz Ibrahim, Ketua Unit Pusat Kokurikulum Negeri, JPN Selangor

Taklimat Pengenalan Planetarium Negara oleh Pn. Nur Fazilah Mohd Hanafiah Pemasangan Teleskop dan Aksesorinya (Praktikal)

Penerangan tentang Teleskop oleh Pn. Lau Chen Chen Pemasangan Teleskop dan Aksesori (Praktikal) 

Penyelarasan antara Telekop dengan EzFinder menggunakan Objek Jauh (Praktikal) Penyelarasan antara Telekop dengan EzFinder menggunakan Objek Jauh (Praktikal)

Penyelarasan antara Telekop dengan EzFinder menggunakan Objek Jauh (Praktikal) Penggunaan Sky Map untuk Menentukan Objek Cakerawala di Langit

Membuat Alignment Teleskop (Solar System Align, One Star Align dan Two Star Align) dengan menggunakan Hand Control (Praktikal) Membuat Alignment Teleskop (Solar System Align, One Star Align dan Two Star Align) dengan menggunakan Hand Control (Praktikal)

Membuat Alignment Teleskop (Solar System Align, One Star Align dan Two Star Align) dengan menggunakan Hand Control (Praktikal) Penyerahan Sijil Penyertaan Bengkel kepada Pegawai Pusat Kokurikulum Negeri, JPN Selangor

Para Peserta Bengkel Pengendalian Teleskop