Test

Sabtu, 25 November 2017 | 

Maklumat Pengunjung

By Anonymous (not verified) / On May.19.2015 / In / Width

PANDUAN LAWATAN

Masa

  • Masa yang diambil bagi setiap kemudahan (termasuk tayangan) adalah kira-kira 2 jam namun ia bergantung pada jumlah rombongan dan aktiviti.
     

Tayangan Planetarium

  • Bagi mendapatkan maklumat terkini di kaunter tiket atau di sini. Pengunjung perlu membeli tiket dan berada di ruang legar menunggu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum tayangan bermula. Pemulangan tiket yang telah dibeli tidak dibenarkan.
     

Perhatian

  • Para pengunjung tidak dibenarkan membuat bising atau mengganggu penonton lain ketika di dalam teater. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, sila berjumpa dengan pegawai yang bertugas di pintu masuk teater atau pegawai yang berdekatan dengan anda. Sebarang bentuk rakaman tidak dibenarkan atau tindakan tegas akan dikenakan. Pastikan telefon bimbit anda ditutup atau disetkan kepada mod senyap.

Abadikan Kenangan

  • Pengunjung dibenarkan untuk mengambil gambar di galeri pameran Planetarium Negara. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak membenarkan sebarang rakaman di dalam Teater Angkasa semasa tayangan sedang ditayangkan bagi mengelakkan gangguan pencahayaan. 

 

Panduan Guru
    
4 Langkah Mudah Sebelum Bertolak Bagi Prosedur Lawatan

Perolehi maklumat berkenaan masa tayangan, tajuk tayangan serta mengetahui maklumat bahan-bahan pameran yang terdapat di Planetarium Negara.

  • Bawa bersama surat pengecualian bayaran yang telah diluluskan oleh ANGKASA (sekiranya ada)
  • Terangkan secara ringkas kepada peserta lawatan mengenai (objektif lawatan, tempoh masa lawatan serta aktiviti yang akan dijalankan sepanjang lawatan).
  • Guru pengiring bertanggungjawab terhadap pelajar-pelajar di bawah jagaan.
  • Semua peserta lawatan boleh melayari laman Portal Pendidikan Sains Angkasa; http://astronomi.angkasa.gov.my bagi mendapat maklumat ringkas berkenaan astronomi dan sains angkasa.

 

Ketibaan

Parkir

  • Bas dibenarkan masuk di perkarangan Planetarium Negara bagi menurunkan dan menaikkan penumpang (parkir awam turut disediakan)
  • Bagi penjaga yang datang perseorangan dengan anak-anak / Orang Kelainan Upaya / pengidap penyakit kronik / wanita mengandung / warga emas, anda dibenarkan untuk memakir kenderaan di dalam kawasan Planetarium Negara (sila rujuk kepada Pengawal Keselamatan)

Perhatian:
Pada setiap cuti hujung minggu / cuti am (Kuala Lumpur), para pengunjung dibenarkan untuk memakir kenderaan di dalam kawasan Planetarium Negara.

Makanan

  • Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bangunan Planetarium Negara dan ianya hendaklah diletakkan di kaunter informasi. Pengunjung boleh membeli makanan ringan di Planet Kafe,  Planetarium Negara. Pengunjung juga boleh menikmati bekalan makanan yang dibawa di kawasan rekreasi Planetarium Negara yang telah disediakan.

 

* Selain daripada Planet Kafe, Planetarium Negara, terdapat juga kafe/restoran/medan selera yang berdekatan dengan Planetarium Negara antaranya di Memorial Tun Abdul Razak, Taman Burung dan Pusat Islam.

Malay