Test

Ahad, 21 Januari 2018 | 

SIARAN MEDIA - GERHANA BULAN SEPARA DI MALAYSIA PADA 08-08-2017

SIARAN MEDIA

GERHANA BULAN SEPARA DI MALAYSIA PADA 08-08-2017

 

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Fenomena Gerhana Bulan Separa bakal berlaku di Malaysia pada awal pagi hari Selasa, 8 Ogos 2017. Rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan fenomena ini bermula dari jam 01:22 pagi sehingga jam 03:18 pagi pada 8 Ogos 2017.

Fenomena tersebut boleh disaksikan oleh orang ramai dari mana-mana lokasi di seluruh negara.  Bagi semua pemerhati di Malaysia, tidak kira di mana sahaja mereka berada samada mereka di Langkawi, Kuala Lumpur mahupun di Kuching dan Kota Kinabalu, waktu kenampakan Gerhana Bulan Separa adalah sama di mana-mana sahaja seperti yang ditunjukkan di dalam rajah fasa gerhana di bawah.

Fasa Gerhana Bulan Separa kelihatan dari semua tempat di Malaysia pada 08-08-2017.

Walau bagaimanapun, kenampakan fenomena Gerhana Bulan Separa tersebut adalah amat bergantung kepada keadaan sebenar cuaca setempat semasa fenomena tersebut berlaku. Bersempena dengan fenomena ini, Planetarium Negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa di Planetarium Negara bermula dari jam 01:00 pagi hingga jam 04:00 pagi pada hari Selasa, 8 Ogos 2017

Untuk sebarang perkembangan terkini orang ramai boleh melayari Facebook/Twitter: Planetarium Negara. Orang ramai juga dijemput untuk berkongsi imej Gerhana Bulan Separa di Facebook Planetarium Negara nanti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2273 4303 / 5484 atau layari laman sesawang www.planetariumnegara.gov.my dan Facebook/Twitter: Planetarium Negara.

----TAMAT---

Malay
Tarikh Program: 
Thursday, July 20, 2017