Test

Sabtu, 25 November 2017 | 

Soalan Lazim

 

1. Bilakah waktu operasi serta jumlah bayaran yang dikenakan bagi tayangan planetarium?

Planetarium Negara di buka setiap hari bermula pada jam 9.00am sehingga 4.30pm (kecuali pada hari Isnin, Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidil Adha). Sila klik di sini untuk mendapatkan Waktu Operasi dan Kadar. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-22735484 (waktu bekerja, Isnin-Jumaat 8.00am-5pm). 

 

2. Bagaimana hendak ke Planetarium Negara?

Anda boleh ke sini menggunakan teksi, bas, KL Hop-On-Hop-Off Double Decker Tour Bus Service atau berjalan kaki dari KL Sentral. 

 

3. Bagaimana kami akan dimaklumkan oleh pihak Planetarium Negara berkenaan aktiviti terkini, acara serta promosi?

Sewaktu sesi lawatan ke Planetarium Negara, anda boleh tinggalkan kad nama (berserta alamat email) di kaunter tiket. Seterusnya kami akan maklumkan kepada anda sebarang aktiviti, acara serta promosi terkini.  

 

4. Berapa ramai boleh muat dalam kubah teater?

Kubah teater kami mampu memuatkan 200 orang.  

 

5. Bagaimana untuk mendapatkan kemasukan percuma?

Kemasukan percuma adalah berdasarkan garis panduan berikut:

  • Merupakan pemegang kad (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
  • Kanak-kanak di bawah 2 tahun (yang tidak memerlukan tempat duduk)
  • Kumpulan atau individu yang membawa surat kebenaran dari Pengarah Pendidikan dan Sains Angkasa.

 

6. Apakah tema pameran di Planetarium Negara?

Pameran di Planetarium Negara dibahagi kepada dua bahagian iaitu (Astronomi & Penerokaan Angkasa) dengan penampilan interaktif. 

 

7. Bolehkah kami meletak kenderaan di dalam kawasan Planetarium Negara? 

Pelawat boleh meletakkan kenderaan di tempat yang telah disediakan. Walau bagaimanapun, pengunjung dibenarkan masuk ke dalam kawasan Planetarium Negara untuk menurun dan menaikkan penumpang. Sila bertanya kepada staf yang bertugas di pintu masuk Planetarium Negara.

 

8. Sekiranya saya membawa Orang Kelainan Upaya, wanita mengandung dan bayi di dalam kereta sorong, adakah pintu masuk khas kepada kami?

Sekiranya terdapat pengunjung seperti yang dinyatakan, tuan/puan bolehlah memaklumkan kepada staf yang bertugas di pintu masuk hadapan untuk membenarkan tuan/puan menurunkan penumpang di laluan khas. Kenderaan hendaklah diletak di kawasan yang telah disediakan.