Test

Sunday, 21 January 2018 | 

MEDIA : "SUPERMOON’ TERBESAR SEJAK 1948 AKAN BERLAKU PADA 14 NOVEMBER 2016

English

"SUPERMOON’ TERBESAR SEJAK 1948 AKAN BERLAKU PADA 14 NOVEMBER 2016

 

We are sorry. This article is only available in Bahasa Malaysia.

KUALA LUMPUR, 8 November  –  Fenomena Supermoon adalah satu fenomena astronomi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan  seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam. Kejadian ini dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee bagi ahli astronomi dan istilah ‘supermoon’ di kalangan masyarakat umum. Fenomena ini boleh dilihat pada 14 November 2016. Keadaan Bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama ini menyebabkan Bulan kelihatan  seolah-olah lebih besar dari keadaan biasa. Bagaimanapun saiz fizikal Bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali. Fenomena supermoon telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015. Bagaimanapun kejadian kali ini merupakan supermoon yang berada pada jarak paling dekat dengan Bumi sejak 68 tahun. Maka rakyat Malaysia perlu mengambil kesempatan ini untuk menyaksikannya kerana ianya dijangka berlaku 18 tahun akan datang.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Orang ramai juga dijemput untuk berkongsi imej Perigee Bulan Purnama pada 14 November ini di Facebook ANGKASA.

WAN HAKIMAH BINTI ABD. RAHIM
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA)

03-31824042
019-2881877

PENAFIAN : Kenyataan media ini dikeluarkan oleh pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Pihak Planetarium Negara tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan fakta semasa kenyataan ini dikeluarkan.