Kejohanan Roket Kebangsaan (KRK 2018)

  • 00Hari
  • 00Jam
  • 00Minit
  • 00Saat

APA ITU KRK?

KRK atau Kejohanan Roket Kebangsaan merupakan sebuah pertandingan roket air peringkat kebangsaan dan juga platform bagi mengaplikasikan pengetahuan sains dan teknologi di luar bilik darjah khususnya dalam bidang teknologi pelancaran roket berasaskan air.

BILA?

1-4 Oktober 2018. Aturcara TERKINI program di sini

DI MANA?

  • Planetarium Negara (1-2 Okt)
  • Stadium UM Arena (3-4 Okt)

SIAPA PESERTA YANG LAYAK?

Terbuka kepada murid sekolah menengah / sekolah menengah teknik / sekolah agama bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang mendapat tempat sebagai Johan di peringkat Negeri dan W.Persekutuan dan

pelajar Maktab Rendah Sains MARA yang mendapat tempat di kalangan empat (4) pasukan terbaik di peringkat MRSM. Mestilah berumur di antara 13-16 tahun.

KATEGORI PERTANDINGAN?

  •    R1 –  Pembentangan
  •    R2 – Sasaran 80m dan 60m
  •    R3 – Payung Terjun Payload
  •    R4 – Inovasi

PERATURAN & SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN?

Sila rujuk peraturan umum dan syarat-syarat pertandingan TERKINI di sini

HADIAH?

Johan KRK2018 akan mewakili Negara ke Pertandingan Water Rocket Event Peringkat Asia Pasifik di Singapura dan membawa pulang sebuah teleskop robotik dan hadiah iringan.

APA PESERTA PERLU BUAT?

Bagi pasukan yang layak, sila muat turun borang-borang di sini. Sila isi dan hantar borang-borang kepada pihak urusetia sebelum atau pada 14 September 2018

Urusetia KRK2018

Planetarium Negara
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Lot 53, Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur

Tel     :  03-2273 4303 / 5484
Faks  :  03-2273 5488
Web  :  http://www.planetariumnegara.gov.my/

MAKLUMAT LANJUT?

Sebarang pertanyaan / makluman boleh berhubung dengan:

  • PoC 1 : En. Ridhuan (ridhuan@planet.gov.my)
  • PoC 2: En. Aziz (aziz@planet.gov.my)

 

English EN Malay MS
Font Resize
Contrast