Guru dan Penyelidik

Kemudahan di Planetarium Negara

Galeri pameran

Tayangan kubah digital planetarium

Teleskop dan balaicerap

Teatret (80 orang)

Perpustakaan mini (Kutubkhanah)

Bilik aktiviti Si Cilik

Modul Pendidikan Sains Angkasa

Bersempena sambutan Internatinal Year of Astronomy 2009 (IYA2009), modul Pendidikan Sains Angkasa Untuk Sekolah Rendah (Versi Latihan Guru) telah dihasilkan. Modul pendidikan ini sesuai digunakan untuk para guru pra-perkhidmatan dan juga guru yang sedang dalam perkhidmatan bagi mempelajari ilmu asas sains angkasa.

Ia juga sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Matlamat pembinaan modul ini adalah sebagai tambahan dan pengayaan terhadap konsep pembelajaran dan pengajaran sedia ada dalam ilmu dan pengetahuan sains angkasa yang terkini. Modul ini juga bertujuan untuk melahirkan kesedaran dan penghargaan terhadap kepentingan dan sumbangan sains angkasa dalam kehidupan manusia seharian.

Adalah diharapkan dengan kepenggunaan modul ini maka pengetahuan mengenai sains angkasa dapatlah dibina dan diperkukuhkan. Digalakkan juga supaya modul ini digunakan secara kreatif bagi menggilap minat dan kesedaran di segenap masyarakat di Malaysia mengenai ilmu sains angkasa.

Sila klik pada link di sebelah untuk memapar dan memuat-turun modul-modul berikut:

English EN Malay MS
Font Resize
Contrast