Umum

Planetarium Main Building
fulldome

Sejarah dan latar belakang

Planetarium Negara bermula sebagai Bahagian Planetarium dalam Jabatan Perdana Menteri pada 1989. Pembinaan kompleks Planetarium Negara bermula pada 1990 dan disiapkan pada 1993. Pelancaran tidak rasmi bermula pada bulan Mei 1993 dan pembukaan rasmi telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ke-4 ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 7 Februari 1994. Setelah setahun setengah beroperasi dengan lancar, pada bulan Julai 1995, bahagian ini telah dipindah alih ke Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar, Malaysia (kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Peristiwa tersebut bukan sekadar memberikan tumpuan kepada keseluruh reka bentuk dan seni bina serta keunikan kemudahan Planetarium bahkan juga menggambarkan kesungguhan Kerajaan ke atas pembangunan sains dan teknologi angkasa.

Ia mengambil masa tiga tahun untuk dibina, kompleks Planetarium Negara menempatkan sebuah teater berkubah di tengah-tengahnya. Keunikan reka bentuk teater tersebut telah memberikan cabaran yang hebat kepada jurubina projek, jurutera dan kontraktor bangunan. Ketelitian dan ketepatan yang diperlukan bagi projektor bintang dan filem berformat besar juga memberikan cabaran yang tidak kurang hebatnya. Banyak kesukaran terpaksa diatasi dan tempoh pameran selesai dipasang.

Memandangkan kerumitan menyelaras sebegitu banyak oleh pembekal luar negara, ditambah dengan ketiadaan pakar yang berpengalaman dalam kerja-kerja yang perlu disiapkan, kejayaan penyiapan kompleks dan pemasangan kesemua peralatan dengan kelewatan yang minimum sebenarnya merupakan kejayaan yang membanggakan.

Di sebalik kesukaran yang dihadapi, Planetarium Negara berjaya mengadakan beberapa projek pendidikan untuk sekolah-sekolah dan orang awam. Planetarium Negara kini memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan kesedaran kepentingan bidang sains angkasa di kalangan masyarakat dan menggorak langkah pertama dalam membawa Malaysia menceburi bidang sains angkasa.

Perkhidmatan kami...

Pameran bertema

Sistem tayangan kubah digital

Teleskop dan balaicerap

Program jangkauan luar

Aktiviti bertemakan sains angkasa

Pembangunan dan pembudayaan sains angkasa

Organisasi Kami

Hubungi Kami...

Planetarium Negara,
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC),

53, Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Tel : 603 – 2273 4303
Fax : 603 2273 5488

E-Mail : info[at]planet.gov.my

English EN Malay MS
Font Resize
Contrast