Pertandingan IAU100 NameExoWorlds Malaysia

 Pertandingan IAU100 NameExoWorlds Malaysia yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Puan Yeo Bee Yin pada 13 Jun 2019 di Planetarium Negara kini dibuka untuk penyertaan. Program yang dianjurkan oleh Planetarium Negara dengan kerjasama Apadilangit (Agensi bukan kerajaan) ini dibuka untuk penyertaan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah bermula pada 1 Julai sehigga 31 Ogos 2019.

Pelajar Malaysia diberi peluang untuk menamakan bintang HD20868 serta planet yang mengorbit bintang tersebut HD20868b. Bintang yang berada pada buruj Fornex ini dianggarkan berada pada jarak 150 tahun cahaya dari bumi. Bintang dengan magnitud kecerahan 10 ini hanya dapat dilihat dengan bantuan teleskop atau binokular. Planet HD20868b adalah planet gas gergasi besar dengan saiz 0.05 kali lebih besar dari planet Musytari. Planet ini dianggarkan memerlukan masa selama 381 hari untuk mengorbit bintang HD20868.

Klik pada gambar di atas untuk keterangan lanjut.

English EN Malay MS
Font Resize