Guru dan Penyelidik

Kemudahan di Planetarium Negara

Galeri pameran

Tayangan kubah digital planetarium

Teleskop dan balaicerap

Teatret (80 orang)

Perpustakaan mini (Kutubkhanah)

Bilik aktiviti Si Cilik

Perpustakaan Mini (Kutubkhanah)

Kutubkhanah Mini Planetarium Negara telah dibuka kepada orang ramai pada 2 Jun 2018, bersamaan dengan 17 Ramadhan 1439H.

Koleksi buku di Kutubkhanah Mini ini terdiri daripada sebahagian besarnya subjek astronomi dan sains angkasa selain subjek-subjek umum yang lain seperti karya am, falsafah, sains kemasyarakatan dan sebagainya. Buku-buku tersebut telah disusun dan dikatalog agar memudahkan orang ramai untuk membuat carian dan rujukan.

Kutubkhanah Mini di Planetarium Negara turut menyokong program KLBACA! yang akan mulai disambut pada 23 April 2020, dimana ibu kota Kuala Lumpur telah dipilih sebagai bandaraya ke-20. bagi sambutan ini.

 

Kutubkhanah Mini berusaha meningkatkan koleksi sumber bahan digital agar dapat dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Klik pada link yang disertakan untuk maklumat lanjut.

Set Data Terbuka Sektor Awam

Apa Itu Data Terbuka?

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital. 

Apakah Objektif Data Terbuka?

Objektif pelaksanaan data terbuka sektor awam adalah seperti yang berikut:

(i)  Menggalakkan perkongsian data antara agensi sektor awam, swasta dan rakyat.
(ii) Meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan melalui perkongsian data terbuka secara dalam talian yang berpaksikan rakyat.
(iii) Menggalakkan produktiviti ekonomi digital melalui pewujudan industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

English EN Malay MS
Font Resize